Tuesday, 22 February 2011
Ragam sekolah
Sejak dua tiga hari nie anak ku yang ke 3 arfan sentiasa meragam nak ke sekolah..ada satu tu dia bertanya kepada aku "ibu boleh ke esok abang x gi sekolah" aku bertanya "kenapa arfan xnak gi sekolah"...dia menjawab dengan nada perlahan "uztaz marah abang" aku tertanya dalam hati kenapa dan cuba aku mengawal emosi aku..."kenapa uztaz marah abang" tanya aku balik.. dia tersenyum lalu menjawab "kerana abang x pandai bawa jawi"..aku tersenyum...lalu menjawab " kalau abang x pergi sekolah hari nie esok lepas tu pun abang kena pergi sekolah..tapi kalau abang belajar dengan ibu dirumah tiap2 hari lama2 abang akan pandai baca dan uztaz xkan marah abang lagi"..dia tersenyum dan mengiakan jawapan aku...hehehehheee..bagus gak jawapan aku..." oklah ibu esok abang pergi sekolah"..jawabnya dengan ceria..
namun pagi keesokkan harinya dia tetap meragam..namun aku pujuk dengan kesabaran dan mengingatkan dia akan janjinya semalam..dia tetap meragam..tapi aku memeluknya dengan kuat sambil berkata " ibu sayang abang..abang budak pandai dan ibu percaya abang boleh buat...bila kita belajar tiap2 hari..abang kena PERCAYA IBU" dia menggangguk dan tangisannya dalam esakkan terberhenti begitu saja...masa tu terasa sayu hatiku sebagai ibu...dalam hatiku berkata rupa2 mcm benda yang aku x perasan ....kadang2 dengan hanya pelukkan yang kuat dapat melegakan hati mereka yang sayu...dan takut..
Labels:
Tips kanak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment