Total Pageviews

Sunday 6 March 2011

Peperiksaan

Hari minggu nie aku sibuk mengulangkaji pelajaran bersama-sama puteri Dan puteraku. Mereka akan menghadapi peperiksaan bermula hari esok hingga hari khamis. Masing-masing mengeluh kepenatan kerana tiada aktiviti hujung minggu seperti berenang,badminton Dan berbasikal. Aku terpaksa mengurangkan aktiviti kerana takut mereka kepenatan dan letih untuk mengulangkaji pelajaran.

Sibuk dengan subjek Bahasa Melayu,Matematik, Sains,Bahasa Inggeris,Agama dan Bahasa Arab. Tapi anak-anakku lemah dalam Bahasa Melayu. Tapi dengan cara mereka meluangkan masa setiap hari selama sejam membuatkan mereka telah banyak peningkatan dalam mata pelajaran yang lemah..alhamdulillah kepada tuhan kerana menganugerahkan yang terbaik buat mereka...mudah-mudahan semuanya lancar hingga keakhirnya dengan keberkatan Dan keredhaan dari tuhan yang maha mengetahui Dan maha mendengar dalam segala hal yang tersurat Dan tersirat.

Sebagai ibu aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anakku berjaya didunia dan akhirat..insyallah.

Tuesday 1 March 2011

Activiti hujung minggu



Hari minggu lepas pergi ngn anak-anak dan suami ke kelab untuk bermain bowling, badminton...dan berenang..seronoknya anak-anak tak terkata...
Tapi bila sebelah malam sakit badan tak ingat..sampai menangis anakku arfan sakit kaki...tapi keseronokkannya terserlah bila tanya "ibu minggu depan kita pergi lagi yea"..lepas jam 9malam semua pengsan..kepenatan..hehehehe..

Thursday 24 February 2011

Ragam Kerja Sekolah




Kelakar bila difikirkan balik pasal kerja sekolah...tiap2 hari ada je alasan yang diberikan penat, letih dan tangan sakit...Bila teringat membuat aku tersenyum sendiri...inilah ragam anak2 dalam seharian bersekolah dan apabila malam terasa kepenantan...yang amat sangat apa lagi bila ditanya pasal kerja sekolah..

Setiap hari aku akan peruntukkan masa selama setengah jam untuk mengulangkaji pelajaran..lagipun minggu depan sudah masuk bulan March dan hampir untuk cuti sekolah..dan peperiksaan awal tahun hampir tiba...Selalunya anak perempuanku lebih baik keputusannya berbanding anak lelakiku..walaupun begitu aku tidak pernah putus asa kerana aku tahu..sifat anak lelakiku yang agak manja berbanding dengan anak perempuanku..sikap manja mereka kadang2 mengundang parah apabila aku hilang sabar..hehehehhe..rotanlah jawabnya...

Tapi walaupun begitu anak2 semuanya rapat dengan ku terutama apabila seisi meluah perasaan..kadang2 kelakar mendengarnya tapi itulah ragam mereka yang membuat aku terhibur dan mempelajari sesuatu yang baru setiap hari dengan keletah dan karenah mereka..

Wednesday 23 February 2011

Gigi Puteriku


Hari nie aku baru je balik dari klinik gigi Azizah untuk puteriku yang kedua.kerana keadaan gigi puteriku yang kedepan membuat aku dan hubby mencuba berbagai cara untuk membetulkan kedudukan giginya. Kalau nak pakai pendakap gigi terlalu kecil..doktor menasihatiku untuk datang balik bila semua giginya telah tumbuh gigi kekal.

Dengan kuasa tuhan satu hari aku terjumpa pasal "pendakap gigi" untuk budak berumur dari 6 thn ke 10 thn...Bila aku bertanya doktor mengenainya aku terus membuat temujanji dengan harapan dapat membetulkan gigi puteriku dan sekali gus dapat membina keyakinan dirinya yang selalu menjadi bahan ejekan rakan2 sekolahnya...tersentuh hatiku ketika menulis artikel nie...

T4K nie tujuannya untuk membetulkan gigi di kedudukan asalnya dan selepas memakainya selama setahun ke dua tahun doktor akan beritahu sama ada seseorang kanak2 tu perlu memakai pendakap gigi besi ataupun tidak.

Pada permulaan pertamanya T4K nie berwarna biru dan perlu memakainya selama 6 bulan. dan kanak2 itu hanya perlu memakai pada waktu tidur sahaja..disamping membantu otot2 dan rahang gigi untuk mengembalikan gigi kepada kedudukan asal..


Selepas 6 bulan pendakap gigi plastik nie akan ditukar ke warna merah jambu dan tempoh memakainya dalam masa setahun. tapi setiap 2 bulan doktor akan mengambil acuan gigi untuk melihat perkembangan semasanya..dan perubahannya..dan pada masa itu doktor akan membuat keputusan sama ada kanak2 itu perlu pendakap gigi besi ataupun tidak..

Sebagai seorang ibu aku berharap semuanya lancar dan dapat mengembalikan keyakinan puteriku tersayang...

Tuesday 22 February 2011

Ragam sekolah





Sejak dua tiga hari nie anak ku yang ke 3 arfan sentiasa meragam nak ke sekolah..ada satu tu dia bertanya kepada aku "ibu boleh ke esok abang x gi sekolah" aku bertanya "kenapa arfan xnak gi sekolah"...dia menjawab dengan nada perlahan "uztaz marah abang" aku tertanya dalam hati kenapa dan cuba aku mengawal emosi aku..."kenapa uztaz marah abang" tanya aku balik.. dia tersenyum lalu menjawab "kerana abang x pandai bawa jawi"..aku tersenyum...lalu menjawab " kalau abang x pergi sekolah hari nie esok lepas tu pun abang kena pergi sekolah..tapi kalau abang belajar dengan ibu dirumah tiap2 hari lama2 abang akan pandai baca dan uztaz xkan marah abang lagi"..dia tersenyum dan mengiakan jawapan aku...hehehehheee..bagus gak jawapan aku..." oklah ibu esok abang pergi sekolah"..jawabnya dengan ceria..

namun pagi keesokkan harinya dia tetap meragam..namun aku pujuk dengan kesabaran dan mengingatkan dia akan janjinya semalam..dia tetap meragam..tapi aku memeluknya dengan kuat sambil berkata " ibu sayang abang..abang budak pandai dan ibu percaya abang boleh buat...bila kita belajar tiap2 hari..abang kena PERCAYA IBU" dia menggangguk dan tangisannya dalam esakkan terberhenti begitu saja...masa tu terasa sayu hatiku sebagai ibu...dalam hatiku berkata rupa2 mcm benda yang aku x perasan ....kadang2 dengan hanya pelukkan yang kuat dapat melegakan hati mereka yang sayu...dan takut..