Total Pageviews

Wednesday, 23 February 2011

Gigi Puteriku


Hari nie aku baru je balik dari klinik gigi Azizah untuk puteriku yang kedua.kerana keadaan gigi puteriku yang kedepan membuat aku dan hubby mencuba berbagai cara untuk membetulkan kedudukan giginya. Kalau nak pakai pendakap gigi terlalu kecil..doktor menasihatiku untuk datang balik bila semua giginya telah tumbuh gigi kekal.

Dengan kuasa tuhan satu hari aku terjumpa pasal "pendakap gigi" untuk budak berumur dari 6 thn ke 10 thn...Bila aku bertanya doktor mengenainya aku terus membuat temujanji dengan harapan dapat membetulkan gigi puteriku dan sekali gus dapat membina keyakinan dirinya yang selalu menjadi bahan ejekan rakan2 sekolahnya...tersentuh hatiku ketika menulis artikel nie...

T4K nie tujuannya untuk membetulkan gigi di kedudukan asalnya dan selepas memakainya selama setahun ke dua tahun doktor akan beritahu sama ada seseorang kanak2 tu perlu memakai pendakap gigi besi ataupun tidak.

Pada permulaan pertamanya T4K nie berwarna biru dan perlu memakainya selama 6 bulan. dan kanak2 itu hanya perlu memakai pada waktu tidur sahaja..disamping membantu otot2 dan rahang gigi untuk mengembalikan gigi kepada kedudukan asal..


Selepas 6 bulan pendakap gigi plastik nie akan ditukar ke warna merah jambu dan tempoh memakainya dalam masa setahun. tapi setiap 2 bulan doktor akan mengambil acuan gigi untuk melihat perkembangan semasanya..dan perubahannya..dan pada masa itu doktor akan membuat keputusan sama ada kanak2 itu perlu pendakap gigi besi ataupun tidak..

Sebagai seorang ibu aku berharap semuanya lancar dan dapat mengembalikan keyakinan puteriku tersayang...

No comments:

Post a Comment