Monday, 21 February 2011
Ragam Berbasikal
Hari Ahad...semalam aku sibuk melayan kerenah anak2 aku berbasikal..seronoknya mereka berbasikal..maybe dah lama x berbasikal..kerana terdampar kerosakan di rumah..selepas hubby aku membaiki apa lagi sibuklah meronda2 kawasan bersama2 berbasikal untuk mengeluarkan peluh..cuma anak bongsu ku terjerit2 memanggil abang dan kakaknya kerana meninggalkannya di belakang semasa berbasikal..anak bongsu ku nie baru pandai belajar berbasikal jadi bayangkanlah bagaimana dia mengayuhnya..
Bila malam kami sekeluarga keluar bersama menuju ke I-City dan bermain snow..betapa seronok dan kesejukannya mereka...tapi nampak terpancar kegembiraan di muka mereka..anakku yang ke 3 sampai x boleh berjalan kerana kesejukan...walaupun begitu keseronakkannya x boleh digambarkan dengan kegembiraan..keesokkan paginya semua kena selsema...tapi sibuk bercerita keseronokkannya terutama anak ku yang bongsu..bercerita dengan bahasanya tersendiri...
Labels:
Minggu cuti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment