Hari minggu nie aku sibuk mengulangkaji pelajaran bersama-sama puteri Dan puteraku. Mereka akan menghadapi peperiksaan bermula hari esok hingga hari khamis. Masing-masing mengeluh kepenatan kerana tiada aktiviti hujung minggu seperti berenang,badminton Dan berbasikal. Aku terpaksa mengurangkan aktiviti kerana takut mereka kepenatan dan letih untuk mengulangkaji pelajaran.
Sibuk dengan subjek Bahasa Melayu,Matematik, Sains,Bahasa Inggeris,Agama dan Bahasa Arab. Tapi anak-anakku lemah dalam Bahasa Melayu. Tapi dengan cara mereka meluangkan masa setiap hari selama sejam membuatkan mereka telah banyak peningkatan dalam mata pelajaran yang lemah..alhamdulillah kepada tuhan kerana menganugerahkan yang terbaik buat mereka...mudah-mudahan semuanya lancar hingga keakhirnya dengan keberkatan Dan keredhaan dari tuhan yang maha mengetahui Dan maha mendengar dalam segala hal yang tersurat Dan tersirat.
Sebagai ibu aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anakku berjaya didunia dan akhirat..insyallah.
Sunday, 6 March 2011
Tuesday, 1 March 2011
Activiti hujung minggu
Hari minggu lepas pergi ngn anak-anak dan suami ke kelab untuk bermain bowling, badminton...dan berenang..seronoknya anak-anak tak terkata...
Tapi bila sebelah malam sakit badan tak ingat..sampai menangis anakku arfan sakit kaki...tapi keseronokkannya terserlah bila tanya "ibu minggu depan kita pergi lagi yea"..lepas jam 9malam semua pengsan..kepenatan..hehehehe..
Thursday, 24 February 2011
Ragam Kerja Sekolah
Kelakar bila difikirkan balik pasal kerja sekolah...tiap2 hari ada je alasan yang diberikan penat, letih dan tangan sakit...Bila teringat membuat aku tersenyum sendiri...inilah ragam anak2 dalam seharian bersekolah dan apabila malam terasa kepenantan...yang amat sangat apa lagi bila ditanya pasal kerja sekolah..
Setiap hari aku akan peruntukkan masa selama setengah jam untuk mengulangkaji pelajaran..lagipun minggu depan sudah masuk bulan March dan hampir untuk cuti sekolah..dan peperiksaan awal tahun hampir tiba...Selalunya anak perempuanku lebih baik keputusannya berbanding anak lelakiku..walaupun begitu aku tidak pernah putus asa kerana aku tahu..sifat anak lelakiku yang agak manja berbanding dengan anak perempuanku..sikap manja mereka kadang2 mengundang parah apabila aku hilang sabar..hehehehhe..rotanlah jawabnya...
Tapi walaupun begitu anak2 semuanya rapat dengan ku terutama apabila seisi meluah perasaan..kadang2 kelakar mendengarnya tapi itulah ragam mereka yang membuat aku terhibur dan mempelajari sesuatu yang baru setiap hari dengan keletah dan karenah mereka..
Wednesday, 23 February 2011
Gigi Puteriku
Hari nie aku baru je balik dari klinik gigi Azizah untuk puteriku yang kedua.kerana keadaan gigi puteriku yang kedepan membuat aku dan hubby mencuba berbagai cara untuk membetulkan kedudukan giginya. Kalau nak pakai pendakap gigi terlalu kecil..doktor menasihatiku untuk datang balik bila semua giginya telah tumbuh gigi kekal.
Dengan kuasa tuhan satu hari aku terjumpa pasal "pendakap gigi" untuk budak berumur dari 6 thn ke 10 thn...Bila aku bertanya doktor mengenainya aku terus membuat temujanji dengan harapan dapat membetulkan gigi puteriku dan sekali gus dapat membina keyakinan dirinya yang selalu menjadi bahan ejekan rakan2 sekolahnya...tersentuh hatiku ketika menulis artikel nie...
T4K nie tujuannya untuk membetulkan gigi di kedudukan asalnya dan selepas memakainya selama setahun ke dua tahun doktor akan beritahu sama ada seseorang kanak2 tu perlu memakai pendakap gigi besi ataupun tidak.
Pada permulaan pertamanya T4K nie berwarna biru dan perlu memakainya selama 6 bulan. dan kanak2 itu hanya perlu memakai pada waktu tidur sahaja..disamping membantu otot2 dan rahang gigi untuk mengembalikan gigi kepada kedudukan asal..
Selepas 6 bulan pendakap gigi plastik nie akan ditukar ke warna merah jambu dan tempoh memakainya dalam masa setahun. tapi setiap 2 bulan doktor akan mengambil acuan gigi untuk melihat perkembangan semasanya..dan perubahannya..dan pada masa itu doktor akan membuat keputusan sama ada kanak2 itu perlu pendakap gigi besi ataupun tidak..
Sebagai seorang ibu aku berharap semuanya lancar dan dapat mengembalikan keyakinan puteriku tersayang...
Tuesday, 22 February 2011
Ragam sekolah
Sejak dua tiga hari nie anak ku yang ke 3 arfan sentiasa meragam nak ke sekolah..ada satu tu dia bertanya kepada aku "ibu boleh ke esok abang x gi sekolah" aku bertanya "kenapa arfan xnak gi sekolah"...dia menjawab dengan nada perlahan "uztaz marah abang" aku tertanya dalam hati kenapa dan cuba aku mengawal emosi aku..."kenapa uztaz marah abang" tanya aku balik.. dia tersenyum lalu menjawab "kerana abang x pandai bawa jawi"..aku tersenyum...lalu menjawab " kalau abang x pergi sekolah hari nie esok lepas tu pun abang kena pergi sekolah..tapi kalau abang belajar dengan ibu dirumah tiap2 hari lama2 abang akan pandai baca dan uztaz xkan marah abang lagi"..dia tersenyum dan mengiakan jawapan aku...hehehehheee..bagus gak jawapan aku..." oklah ibu esok abang pergi sekolah"..jawabnya dengan ceria..
namun pagi keesokkan harinya dia tetap meragam..namun aku pujuk dengan kesabaran dan mengingatkan dia akan janjinya semalam..dia tetap meragam..tapi aku memeluknya dengan kuat sambil berkata " ibu sayang abang..abang budak pandai dan ibu percaya abang boleh buat...bila kita belajar tiap2 hari..abang kena PERCAYA IBU" dia menggangguk dan tangisannya dalam esakkan terberhenti begitu saja...masa tu terasa sayu hatiku sebagai ibu...dalam hatiku berkata rupa2 mcm benda yang aku x perasan ....kadang2 dengan hanya pelukkan yang kuat dapat melegakan hati mereka yang sayu...dan takut..
Monday, 21 February 2011
Ragam Berbasikal
Hari Ahad...semalam aku sibuk melayan kerenah anak2 aku berbasikal..seronoknya mereka berbasikal..maybe dah lama x berbasikal..kerana terdampar kerosakan di rumah..selepas hubby aku membaiki apa lagi sibuklah meronda2 kawasan bersama2 berbasikal untuk mengeluarkan peluh..cuma anak bongsu ku terjerit2 memanggil abang dan kakaknya kerana meninggalkannya di belakang semasa berbasikal..anak bongsu ku nie baru pandai belajar berbasikal jadi bayangkanlah bagaimana dia mengayuhnya..
Bila malam kami sekeluarga keluar bersama menuju ke I-City dan bermain snow..betapa seronok dan kesejukannya mereka...tapi nampak terpancar kegembiraan di muka mereka..anakku yang ke 3 sampai x boleh berjalan kerana kesejukan...walaupun begitu keseronakkannya x boleh digambarkan dengan kegembiraan..keesokkan paginya semua kena selsema...tapi sibuk bercerita keseronokkannya terutama anak ku yang bongsu..bercerita dengan bahasanya tersendiri...
Saturday, 19 February 2011
Hari minggu
Bila dikaji selidik rasanya hari minggu nie hari utk berehat...hehehe. Tp sayang hari nielah penuh dengan aktiviti yang x sempat buat hari biasa.
Contohnya hari nie sibuk menguli badan yang penat seharian bekerja. Badan perlu dimanja dengan urutan Dan tungku. Aku mengenal MAK CIK MAIMUN hampir 8 thn umur anak aku yg ke 3. Sentuhannya penuh dengan kesabaran Dan kelembutan..Dan sentiasa x pernah mengecewakan aku.. Kadang2 anak2 aku pun diurut kerana kepenatan seharian bersekolah. Aku mengajar mereka menjaga badan agar sihat luar Dan dalam disamping menjaga tingkah laku dalam menjadi anak2 yg soleh Dan solehah.
Seronoknya hari mingguku terisi dengan seribu satu aktiviti...petang nanti mcm biasa ke kelab bermain bowling,berenang Dan ke gim..tp x kurus mana pun...Hehheeee...yang sedang2 saja...

Friday, 18 February 2011
Berkongsi Hobi
kalau kita tengok sekarang nie Kanak2 banyak mengikut karater kartoon kesukaan mereka...dan kadang2 saya pun duduk join sekali dan yang kelakarnya kadang2 seronok tu sampai boleh bercerita mengikut rentak dan alunan mereka...
Rupa2nya kalau lagi banyak kita menghabiskan masa dengan mereka lagi seronok mereka bercerita..dan kalau kita belajar cara mereka kadang2 kita lihat setiap kanak2 nie ada keistimewaannya tersendiri walaupun dilahirkan dari seorang ibu...
kalau saya sendiri melihat anak sulung saya lebih kepada english novel dan korea movies (lebih kepada minat saya membaca) kadang2 yang sulung nie melayan juga cerita "kamen rider" kartoon jepun....bila saya join sama seronok jugak...hehehehe, manakala anak kedua saya lebih kepada seni kraftangan dan kartoon kesukaannya (adalah jugak copy saya nie)..dan seronoknya kedua2 anak lelaki saya lebih kepada games psp, ipad dan PS2..kadang2 tapi yang seronoknya bila dah start kusyuknya x terhingga (mcm hubby saya) tu yang terpaksa kawal masa....kalau dh leka nak suruh makan pun susah..
Tapi keseronokan bersama mereka kadang2 membuatkan saya hilang rasa penat seharian di pejabat...dan saya bersyukur kepada tuhan kerana dikurniakan keluarga yang terbaik buat saya dan memahami minat2 saya...bagi saya merekalah segala2nya bagi saya..
itu belum lagi dicerita kerenah dan telatah mereka setiap hari dan kadang2 tu sampai kering air liuh kalau nak bercerita tentang mereka kerana kreativity mereka kadang2 membuatkan kita tak kering gusi, marah dan kadang2 menangis kegembiraan ..itulah dunia mereka yang penuh dengan warna2 kehidupan yang menyeronok dan menyakitkan..ehhehehhhhehee..itulah kehidupan yang sebenar lagi banyak kita belajar lagi banyak keseronokkan nya..

Thursday, 17 February 2011
Tips Kanak-kanak
Alhamdulillah akhirnya lahir gak blog saya yang tersendiri...kerana sikap saya yang bercita-cita menjadi guru tak kesampaian..saya lahirkan blog nie untuk tatapan umum..dan perkongsian cerita-cerita yang menarik..
Kanak-kanak nie kalau kita cerita memang tak habis dan ragamnya..setiap individu di lahirkan dengan penuh keistimewaan, kelebihan dan kekurangan...saya ada terbaca satu artikel dari Lilian Kats yang berbunyi lebih kurang begini zaman kepayahan yang paling besar adalah kesusahan utnuk mencapai persamaan...tapi bila difikirkan balik persamaan untuk apa..dari segi ketinggian seseorang,kesukaan terhadap muzik, matematik dan kecantikan...tetapi sebenarnya persamaan itu adalah dari segi kemanusiaan...
Di KOOKOOKIDS saya cuba mencari keistimewaan dan kelebihan seseorang kanak-kanak dan juga remaja tu sendiri dalam mengenal diri sendiri..dengan lebih baik..di samping itu diterapkan juga nilai-nilai murni yang diterapkan oleh nenek moyang kita dulu...

Subscribe to:
Posts (Atom)