Hari minggu nie aku sibuk mengulangkaji pelajaran bersama-sama puteri Dan puteraku. Mereka akan menghadapi peperiksaan bermula hari esok hingga hari khamis. Masing-masing mengeluh kepenatan kerana tiada aktiviti hujung minggu seperti berenang,badminton Dan berbasikal. Aku terpaksa mengurangkan aktiviti kerana takut mereka kepenatan dan letih untuk mengulangkaji pelajaran.
Sibuk dengan subjek Bahasa Melayu,Matematik, Sains,Bahasa Inggeris,Agama dan Bahasa Arab. Tapi anak-anakku lemah dalam Bahasa Melayu. Tapi dengan cara mereka meluangkan masa setiap hari selama sejam membuatkan mereka telah banyak peningkatan dalam mata pelajaran yang lemah..alhamdulillah kepada tuhan kerana menganugerahkan yang terbaik buat mereka...mudah-mudahan semuanya lancar hingga keakhirnya dengan keberkatan Dan keredhaan dari tuhan yang maha mengetahui Dan maha mendengar dalam segala hal yang tersurat Dan tersirat.
Sebagai ibu aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anakku berjaya didunia dan akhirat..insyallah.
Sunday, 6 March 2011
Tuesday, 1 March 2011
Activiti hujung minggu
Hari minggu lepas pergi ngn anak-anak dan suami ke kelab untuk bermain bowling, badminton...dan berenang..seronoknya anak-anak tak terkata...
Tapi bila sebelah malam sakit badan tak ingat..sampai menangis anakku arfan sakit kaki...tapi keseronokkannya terserlah bila tanya "ibu minggu depan kita pergi lagi yea"..lepas jam 9malam semua pengsan..kepenatan..hehehehe..
Subscribe to:
Posts (Atom)